Raja pergi ke
syurga
Pada suatu masa dahulu,terdapat sebuah
negeri yang rajanya gemuk dan bodoh.Baginda sering melakukan kesilapan
disebabkan terlalu mempercayai menterinya yang licik.Kemana-mana sahaja raja
pergi,menteri tersebut pasti mengikut baginda.Menteri itu sebenarnya seorang
yang tamak.Dia sentiasa mencari peluang untuk mengaut kekayaan bagi dirinya
sendiri.
Pada suatu hari,raja dan menteri berjalan di
dalam hutan.tiba-tiba baginda terdengar bunyi lolongan serigala”Wahai menteri,
mengapakah serigala melolong bergitu kuat?”Tanya raja.”Ampun ,tuanku!sekarang adalah musim
sejuk. Serigala-serigala itu melolong disebabkan kesejukan dan mereka meminta
selimut.Menteri yang licik itu mengambil wang tetapi tidak membeli selimut
seperti yang diarahkan oleh raja.Wang itu disimpan untuk dirinya sendiri.
Beberapa hari kemudian raja dan menteri berjalan-jalan di pingir
hutan.Tiba-tiba, melintas seekor babi liar dihadapan baginda.”Wahai menteri,
haiwan apakah itu?”Tanya raja kepada menteri”Itulah tikus dari dapur istana
tuanku ,”jawab menteri dengan berbohong.”Tukang masak istana memberikannya
makan makanan yang enak,sebab itulah badannya besar,”kata menteri itu lagi.’Tukang
masak itu patut dihukum,”kata raja
dengan marah. Raja menjatuhkan hukuman gantung kepada tukang masak istana.Dia
membayar wang kepada menteri apabila mengetahui berita tersebut.Pada malam
itu,hukuman gantung terhadap tukang masak akan dijalankan.Ketika tukang masak
hendak digantung pada malam ini,dia akan pergi ke syurga.Raja tertarik
mendengar kata-kata menteri.
“Sudah lama beta hendak pergi ke
syurga.”Pengawal!Jangan gantung tukang masak.Kamu gantung beta sahaja kerana
beta hendak pergi ke syurga tetapi sebelum itu,kamu gantung menteri dahulu
supaya boleh tunjukkan beta jalan di syurga nanti,”Menteri tidak dapat berkata
apa-apa lagi.Akhirnya menteri dan raja pun digantung sampai mati.
Ditulis oleh: Clera

No comments:
Post a Comment