Sunday, 21 June 2015

INSPEKTOR GADGET



INSPEKTOR GADGET

     Pada suatu hari,Inspektor Gadget sedang bersiar-siar dengan anak buahnya di taman.Sedang bersiar-siar,tiba-tiba telefon rahsia dia berdering.Ketuanya telah memaklumkan berlaku kejadian rompakan di dalam sebuah bank dan meninggalkan logo iaitu logo Dr.Claw.
     Inspektor Gadget segera pergi ke tempat rahsianya untuk mengambil peralatan.Dia segera pergi ke bank yang dirompak lalu pergi ke bilik pengawasan untuk melihat camera litar tertutup dan melihat muka Dr.Claw dan konco-konco merompakbank.Selepas itu,dia meronda.
      Sedang dia meronda tiba-tiba,dia ternampak sebuah van yang mencurigakan dan terus mengekorinya.Dia nampak van itu berhenti di hadapan sebuah bank yang.Van itu menunggu masa untuk bank itu ditutup.Dia ternampak Dr.Claw dan bernekad untuk memasang perangkap.Perangkap dia ialah cuba untuk membuat perompak itu tersangkut dan jatuh di atas gam yang melekit.
        Setelah memasang perangkap dia pergi ke luar untuk bersembunyi.Orang di dalam van itu terus keluar sambil membawa senjata berat lalu menyerbu bank tersebut.Ketika masuk semua perompak itu tersangkut lalu jatuh di atas gam yang melekit itu.Dr.Claw yang terakhir masuk tidak masuk perangkap lalu Inspektor Gadget mengeluarkan pistol lalu menghalakannya ke arah Dr.Claw.Dr.Claw terus menyerah kalah.Akhirnya,Dr.Claw diberkas lalu dihantar ke penjara.Ketua Inspektor Gadget memujinya kerana berjaya menyelasaikan kes itu.

Ditulis oleh: Brandon & Jeffery

No comments:

Post a Comment