Pada
masa dahulu,ada seorang petani yang miskin.Dia mempunyai empat orang anak
lelaki.Pada suatu hari,petani itu berkata kapada anak-anaknya,”Sudah sampai
masanya untuk kamu semua keluar mengembara.Carilah harta kekayaan.Pulang semula
apabila kamu sudah kaya.”
Empat
bersaudara itu pun memulakan pengembaraan mereka.Mereka sampai di tepi sebuah
hutan.Di sana mereka bertemu dengan seorang lelaki tua.”Jangan
bimbang,cucu-cucuku,”katanya.”Aku akan menolong kamu semua.”Dia memberi setiap
orang daripada mereka satu sumbu pelita.”Di mana sahaja sumbu ini jatuh,kamu
mesti gali tempat itu.Kamu akan dapat sesuatu di situ.Ambil dan pulanglah ke
rumah,”terangnya.
Keempat-empat
saudara itu mengucapkan terima kasih kapada lelaki tua itu.Mereka meneruskan
perjalanan dan sampai di tepi sebatang sungai.Tiba-tiba,sumbu pelita pada
saudara yangb sulung jatuh.Dia berhenti dan mula menggali.Dia Berjaya menjumpai
sebalang syiling tembaga.Saudara sulung itu berasa sangat gembira dan mengajak
adik-adiknya pulang.”Marilah kita balik sekarang.”Ketiga-tiga adiknya itu tidak
berpuas hati dengan syiling tembaga yang
ditemui.Mereka mahu harta yang lebih bernilai.Maka pulanglah abangnya seorang
diri.Kemudian sumbu pelita kepunyaan anak kedua pula terjatuh.Dia terus menggali
dan menjumpai sebalang syiling perak.Dia berkata kepada dua adiknya,”Marilah
kita bawa wang ini balik ke rumah.”
Kedua-dua
adiknya itu tidak mahu akan syiling perak yang ditemui.Dia pun baliklah seorang
diri.Tidak lama selepas itu, sumbu pelita saudara yang ketiga pula
jatuh.Selepas digali,dia menjumpai sebalang syiling emas.”Sekarang kita semua
akan menjadi kaya.Marilah kita pulang!”katanya.Saudaranya yang bongsu segera
berkata,”Abang long dapat syiling tembaga,abang ngah dapat syiling perak dan
abang chik pula dapat syiling emas.Mungkin saya akan dapat intan berlian yang
lebih berharga.”Jadi abang yang ketiga pulang sendiri.Dia pun meneruskan
perjalanan lalu berjumpa dengan seorang lelaki muda.Badan lelaki itu berlumpur
lumpur.Di atas kepalanya ada sebuah roda.
Saudara
bongsu itu berjalan menghampiri lelaki muda tersebut.”Mengapa kamu duduk di
sini? Kenapa roda itu berada di atas
kepala kamu?”Tanyanya kehairanan.Sebaik dia habis bertanya,dia mandapati
dirinya terduduk di atas tanah dengan badanya berlumpur lumpur.Sebuh roda
terletak di atas kepalanya.Lelaki yang segera bangun.”Saya juga tamak seperti
kamu.”kata lelaki itu.”Saya telah dihukum.Sekarang kamu duduklah disini
sehingga ada orang tamak lain yang datang dan menegur kamu.”

No comments:
Post a Comment