Cuaca hari ini sangat cerah. Masyarakat haiwan di hutan itu mengadakan sukan tahunan.
Si buruang mengumumkan acara pertama,”Acara sukan akan dimulakan dengan
perlumbaan di antara arnab dan kura-kura.
Kedua-dua peserta mengambil tempat di
garisan permulaan.Arnab memandang kura-kura dengan angkuh.”Aku pasti akan
menang.”fikir arnab.
Arnab bersedia dengan
megahnya.Sebaik sahaja wisel dibunyikan arnab terus memecut.Kura-kura pula
berjalan dengan perlahan-lahan .
Semasa berlari, arnab asyik
memandang ke belakang.Namun tidak nampak langsung kelibat kura-kura.”Baik aku
berehat sekejap di bawah pokok ini.”kata arnab.Si arnab terus tertidur.
Walaupun berjalan perlahan ,kura-kura
tetap meneruskan perjalanannya.Akhirnya kura-kura tiba ditempat arnab
tertidur.Dia telah mendahului arnab.
Semua haiwan melaung,”Kura-kura
menang!”Sorakan itu telah mengejutkan arnab daripada tidur. Dia melihat
kura-kura berdiri di atas pentas menerima pingat.
Ditulis oleh: Irene & Juliana

No comments:
Post a Comment